Nuffnang Ads

Wednesday 22 August 2012

Aidilfitri 1433H

Assalammualaikum w.b.t



Masih sempatkan Sunshine nak ucap “Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin!” Semoga kita akan terus dilimpahi rahmat & kasihNYA.

Raya tahun ni kami sambut ala kadar je. (Tgk baju pun recycle.. konon) huhuhu. Maklumla seminggu raya kami akan dpt keluarga baru… Satu2nya adik lelaki Sunshine akan mendirikan masjid. Jadi raya ni kira kami x la beria sangat sebab sebuk utk majlis adik. Kira beraya sambil edarkan kad jemputan.

Lepas solat raya kami sekeluarga bermaaf-maafan. Semoga walau apapun dugaanNYA, tetap bersama dalam satu keluarga. Susah senang bersama… suka duka bersama… AMIN.

Ni gambar kami sekeluarga…

Nampak purple kan kami


Sunshine copy dr fb dia huhu
Oopppsss adik Sunshine (Puan Huda & Encik Hisam) x de bersama. Mereka beraya di Melaka. Tahun pertama Nun beraya bersama suami. Apapun doa kami sentiasa bersama. Orang kata jauh dimata dekat dihati. 

Ni keluarga kami... x dela besar mana... Alhamdulillah masih ada kesempatan beraya bersama. 

Keluarga besar kami !!


Raya Kedua

Kami pulang ke kampung (Pulai Sebatang). Tengokla anak2 buah Sunshine... anak bandar teruja sangat2 naik umah yang ada tangga... Berebut nak naik... siap posing.

Love u all !!!!!

NOTE : INSYAALLAH, Aidilfitri tahun depan keluarga kami makin besar. AMIN