Nuffnang Ads

Wednesday 30 January 2013

My Birthday

Assalammualaikum w.b.t

ALHAMDULLILLAH... 28/01/13. Sunshine masih berpeluang menyambut ulang tahun kelahiran Sunshine. Terima kasih untuk semua yang hadir dalam hidup Sunshine. Tabah & sabar melayan kerenah Sunshine, sanggup menadah telinga mendengar Sunshine yang kuat mengomel huhu dan yang lebih penting menerima Sunshine seadanya. Apapun Sunshine bangga dengan kalian dan tak mampu rasenya nak balas semua jasa & pengorbanan kalian.

Terima kasih untuk celebration yang cukup meriah. Sunshine tak kan pernah lupa segala kenangan itu. 

27/01/13
Celebration in Advance with family - Tepian Tebrau

Walau siangnya kami sebuk kat rumah cousin Sunshine untuk majlis perkahwinan dia. Malam tu kami sempat celebrate besday sunshine in advance coz adik ipar sunshine akan blk putrajaya esok. Completed kan celebration ni, semua ada... Mak + Abah, Wan + Aila, Nun + Hisam, Shikin + Alang. Terutama ada Amani huhu... Sayang kamu semua.


sedapkannnnn

Dah kenyang makan lagi terharu coz ada Besday Cake... Chocolate Indulgence + hadiah ni...

fossil + H&M
Sayang uall ketat-ketat -  my family + my bff 

28/01/13
Celebrate with my bff - IT ROO
My BFF buat surprise, call dah ada depan umah. Kami mulanya nak makan kat chiken chop TNB tapi disebabkan penuh sangat orang sampai kerusi pun x de kena beratur jadi kami ubah selera pergila IT ROO.

29/01/13
Belated celebration with colleague 
SURPRISE - "Happy Birt... Hapy Birth..." (Sufian yang extra excited sampai x sabar2 nak nyanyi) dah x surprise sangat huhu... Anyway THANK A LOT.. Terharunya... siap ada editing gambar nampak lebih fun. 
comelkan tq to Linda...
Bahagiakan Sunshine dikelilingi orang-orang tersayang.. "Hope they always save a little space in their heart to me"



Sunshine : Buat diri Sunshine.. Semoga apapun yang berlaku Sunshine tetap tabah…percaya… dan sentiasa yakin… Allah lebih tau apa yang terbaik untuk Sunshine.- Amin


Thursday 24 January 2013

Maulidur Rasul 2013M/1434H


Assalammualaikum w.b.t

Salam Maulidur Rasul untuk semua...Tahun ini kita meyambut Maulidur Rasul dengan tema "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah". Sama-sama la kita memperbanyakkan selawat untuk baginda Rasulullah.






SUNSHINE : Semoga kita sama-sama mendapat syafaat Baginda SAW - Amin

Friday 18 January 2013

Muhasabah Diri

Bismillahirrahmannirrahim




Sunshine :  Redha.... Percaya...... - Amin

Tuesday 15 January 2013

Besday Harraz

Assalammualaikum w.b.t

Ingat lagi tak dengan HERO Sunshine ni. Last weekend kami celebrate besday Arash yang ke 4 tahun & Faqiha yang ke 2 tahun. Kejap je kan Arash & Qiha dah besar. Besday Arash 03 January, Qiha 23 January. Kami celebrate besday Arash & advance besday Qiha ahad yang lepas. Lagipun 3 January ari tu Arash dah masuk sekolah.

 
Hepi Abg Harraz & Adik Qiha

Hensemkan Arash dengan bj sek dia
Arash masuk sekolah Tadika Al- Amin. Sama sekolah dengan Eisya & Kimi. Tapi mereka kelas berasingan mengikut umur. Baru lagi... Tidak best di mata dia... Lama kot tu buat dia penat. Lama-lama nanti okla tu. Macam kita gak susah nak suaikan diri awal2. Bila dah ada kawan nanti siapla huhuhu.

Sunshine :  Semoga Harraz jadi abg yang baik... bijak... dan paling utama jadi anak yang soleh... - Amin

Tuesday 1 January 2013

2013

Assalammualaikum w.b.t




Angka apakah ini????? Meningkat lagi angka ini huhuhu. Dalam tak sedar hari berganti hari..masa yang berlalu dengan cepat.

"Adakah kita betul-betul boleh melangkah jauh tanpa sedikit pun menoleh ke belakang? Kadangkala curi lihat itu perlu supaya kita ingat bagaimana kita berada ditahap sekarang" 

Bukan untuk duduk bersedih atau gembira berpanjangan... Tapi untuk kita muhasabah diri... mencari kekuatan diri... agar hidup lebih sempurna. Memang betul kita tidak akan mampu hilangkan semua kenangan lalu... 

Sunshine cuma nak lalui 2013 dengan lebih sempurna. SEMPURNA macamana??? Biarla sempurna itu dari cara Sunshine sendiri sebab sehebat manapun, Sunshine  tidak kan pernah mampu puaskan semua pihak. Dan lebih penting Sunshine nak jaga hati Sunshine sendiri. Lebihnya dengan harapan...Teruskan hidup dan menikmati sebaiknya.. Amin

Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” ( HR al-Baihaqi)

Sunshine : Apapun yang berlaku.. Semoga Sunshine tetap jadi diri Sunshine "jangan pernah berubah untuk jadi orang lain & jangan pernah terkesan dengan kata2 yang hanya untuk menjatuhkan" buat yang terbaik.