Nuffnang Ads

Tuesday 26 March 2013

Demam

Assalammualaikum w.b.t

Kesiankan adik Amani... Amani demam. Amani yang selalu tersenyum, gelak & lincah tiba2 jadi seorang yang pendiam huhu. Tak de mood la kot. Amani nak tumbuh gigi agaknya.


Diam je... lembik :(

Tido la ye..

Sunshine : Semoga cepat sembuh ye sayang - Amin
   

Friday 22 March 2013

Berubah


Assalammualaikum w.b.t
 
 


Sunshine : INSYAALLAH semoga kita sama-sama sentiasa menuju ke jalan kebaikan. Ditetapkan hati walau apapun dugaan. Bukan senang nak jadi baik - Amin

Tuesday 5 March 2013

Suatu Petang



Assalammualaikum w.b.t

Petang yang indah huhuhu.. Hari sabtu lepas Sunshine Off Day… Plan dengan adik nak bawak anak buah jalan-jalan. Wah ayat macam bestkan huhu. Dalam pukul 3 anak-anak buah dah siap. Cakap je nak jalan cepat je siap… (Siti, Akashah, Amar, Ellis & Kimi)

Destinasi pertama : Taman Bistari Indah.
Pergi amik Damia & Harraz. (Memang last week ada ckp nak bawak budak2 ni jalan2… tapi x de la cakap detail. Tup tup Mummy Damia boleh cakap “Betulla Mia cakap Sunshine & adik nak datang pukul 3 amik dia orang” hahaha budak2 imiginasi lebih)

Destinasi kedua : McDonald Taman Gaya
Boleh bayangkan tak… buka pintu keta berebut lari huhu.. Seronokkan tengok budak-budak happy. Terus je lari ke playground McD tu. Sunshine g la beratur nak order. Budak-budak “HAPPY MEAL” je yang penting mainan. Nak marah pun ada… dekat ½ jamla Sunshine jadi MAK PACAK kat depan kaunter tu, 4.20pm – 4.50pm. Datang sorang adik ni “kak x dapat lagi ke…” dengan mood yang swing sebab dah diri lama dapatla jawapan ni . “Akak ni tunggul je diri kat sini” x sampai 5 minit boleh pulak siap aduh… nila kalau cakap kata kita ni teruk… tapi bangsa lain ko boleh pulak layan elok je… 

Sebab Sunshine tau tunggu lama.. budak-budak tu Sunshine bagi makan aiskrim dulu tapi aiskrim dah habis x dapat lagi makanan… Kesiannnnnnnnnnnnnnnn.

McD

Destinasi Ketiga : Taman Permainan – Taman Bistari Indah
Puas kami jalan dari Taman Gaya, Taman Titiwangsa sampai balik ke Taman Bistari Indah. Ni jela taman permainan yang ok sikit. Tapi tu pun x berapa nak elok. Boleh jela dari x de nak layankan anak-anak buah ni.

 
yg paling sweet kanak2 yang atas sekali huhu
Akhirnya kami balik dengan riak wajah yang happy. Ada masa kita jalan-jalan lagi ye… Terima kasih gak untuk Alang + Ekin bagi guna keta untuk angkut semua anak buah ni.. Kalau harap “ Cik Siput “ x dapatla semua ikut.

Sunshine : INSYAALLAH ada rezeki.. ada masa kita jalan lagi. Semoga Sunshine tak pernah bezakan kalian dalam apa sekali pun. Buat Eisya, Qiha & Amani next time Sunshine bawak semua ye.