Nuffnang Ads

Thursday 26 June 2014

Sekarang Sengkek Esok Kaya



Assalammualaikum w.b.t 

Mari-mari promosi. Dapatkan buku #Sekarangsengkekesokkaya. Ini buku pertama hasil tulisan #RezduanBakar. Sunshine tumpang gembira dan bangga dengan kejayaan Wan. Sape lagikan nak bangga dengan adik kalau bukan akak sendirikan hahaha.


Sebagai tanda memberi sokongan Sunshine & Shikin inginla membantu jualan buku sempena Konvensyen Penulisan II yang diadakan pada Sabtu 21 June 2014 di Auditorium Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim (AIKOL), UIAM Gombak KL. Alhamdulilah rezeki yang datang. INSYAALLAH semoga adanya buku ini dapat memberi manfaat sesame kita. 

 

Habis Konvensyen kami pergi Eh Eh Mega Bazar kat Maeps. Ramai betul orang. Ada gak artis meniaga sama (Yana Samsudin, Yatt, Adi Putra dll) Kami tak beli apapun just tengok-tengok. Kawan Wan ada berniaga baju kat sana.

Balik rumah 11.30pm, apa lagi pengsan… yela semlm kami sampai pukul 3.30am. Pagi-pagi dah bangun mau x pengsan hahaha.


220614 – Festival Bunga & Taman 2014, Putrajaya

Sunshine dengan shikin habiskan hari minggu kami dengan pusing 1 PUTRAJAYA sebab kami x tau jalan. Mula-mula pergi Alamanda untuk makan tengahari bersama Kak Roziela.

Lepas makan kami cari jalan ke tempat festival. Jumpa la walau dah pusing-pusing. Floria 2014 bertempat di Persisiran Tasik dan Marina, Presint 4, Putrajaya. Masuk kena bayar, ingat free huhu. Sayangnya kami tak bawa kamera. Nasibla ada HP Shikin, kalau nak harap HP Sunshine lagila tak de gambar kenangan.


Kami ni bukan la peminat bunga pun, datang sebab tak de tempat nak pergi sementara tunggu Wan yang ada kursus. Walau hanya berbekal HP kami tetap posing sakan. Sunshine la katakan.

 
Kami sempat tengok pertandingan kucing. WOW memang bagusla peserta yang memang jaga kucing-kucing mereka macam anak sendiri. Boleh kata beribu gakla perbelanjaan untuk seekor kucing yang terjaga rapi. Ada gak yang bukan kucing parsi tapi dah di jaga dengan baik serta ubat-ubat yang teratur menjadikan bulu dia cantik sangat. Tapi Sunshine bukanla peminat kucing ermmmmmmmmmmm.

Paling Sunshine suka payung-payung yang simple tapi nampak unik. Kreatif kan mereka.



Sunshine : Kadang-kadang kita tak mampu nak lahirkan rasa kasih sayang. Mungkin sedikit masa terluang, bakti yang cuma sebesar kuman mampu mengeratkan kasih sayang.

Friday 13 June 2014

Happy Birthday Mak!!

Assalammualaikum w.b.t   

AEIOU.. AEIOU....AEIOU... A.. Ayam berkokok, kok kok kok.. E.. Emak, MAK!! (Nyanyi dgn nada Amani hahaha)
Happy Birthday MAK!!! (120614) Selamat Ulang Tahun MAK!!!  Semoga mak sentiasa diberi kesihatan yang baik, sentiasa bahagia dunia akhirat. Kami sayang mak.



Kami celebrate besday mak kat Almost Famous Cafe kat bandar. Kami makan burger warna warni. Unik & Kreatif kan pemilik kedai ni. Hope Mak Happy...Muah Sayang Mak...


Sunshine : Doa Sunshine semoga Mak tetap bersama kami selamanya. Love U… 

Wednesday 11 June 2014

Wordless Wednesday #7 : Adam




On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.