Nuffnang Ads

Thursday 30 April 2015

Penyucian Jiwa di tanah Suci - Makkah Al-Mukarramah

Assalamualaikum w.b.t


21 March 2015
2.30pm, kami bertolak ke Bir Ali, tempat bermiqat dan berniat umrah untuk jemaah dari Madinah. Berdebar-debar rasanya kerana kali pertama mengerjakan umrah. Perjalanan kami menuju Mekah diiringi lafaz talbiyah dan doa.

Bagaimanakah Sunshine di hadapan rumahMu nanti? Mampukah hati yang keras ini bergetar hingga mengalirkan air mata?

Setelah meninggalkan Madinah, kami meneruskan perjalanan menuju ke Kota Makkah al-Mukarramah dengan perasaan yang sayu dan sedih kerana terpaksa meninggalkan Nabi SAW. Perjalanan menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira dalam 6 jam. Setelah 12km perjalanan, kami berhenti miqat Bir Ali untuk berniat Ihram dan niat menunaikan ibadah umrah (miqat biasa bagi rombongan umrah dari Madinah).

Kredit to Cik Google - Mmg Cik Google the best la...
Setelah selesai solat sunat di Masjid Bir Ali, kami bersama-sama berniat ihram di atas bas sebagaimana sunnah Rasulullah SAW yang berniat ihram di atas unta baginda. Maka bermulalah perjalanan umrah kami, terasa satu tanggungjawab yang agak berat bagi menjaga pantang larang ihram ini. Kami berjemaah melafazkan talbiah yang diketuai oleh mutawwif kami. Laungan talbiah di teruskan untuk beberapa ketika sehingga akhirnya mutawwif kami meminta kami meneruskannya secara bersendiri dan mencadangkan agar kami berehat atau tidur kerana perjalanan selepas ini untuk melaksanakan umrah memerlukan tenaga untuk menjayakannya.

Tidak lama kemudian, kami berhenti di Wadi’ Qudait untuk solat Maghrib & Isyak serta makan malam. Kami makan nasi mandi (makanan arab) secara talam. Ramai juga jemaah lain yang makan secara talam. Setelah selesai makan kami menunaikan solat jama' taqdim magrib dan isyak.

** Ramai sungguh orang. Sunshine nak pergi toilet. Beratur punya la ramai. Sunshine manala faham cakap Arab. Ada nenek ni cakap apa tah. Janji Sunshine faham dia cakap dia nak masuk toilet tp dia nak amik air dl sbb semua orang cakap x de air. Dalam hati, aduh macamana nak amik air, mana ada gayong, nenek tu bwk bekas nak pinjam tak tahu nak cakap arab. Nasib baik ada minah arab ni bg bekas. (Semoga ALLAH mudahkan urusan dia.) Amik air sambil tunggu nenek tu keluar bilik air. Masuk saje try buka paip. Ish ada air la. Alhamdulilah tak susah nak guna bekas yg rasenya mana cukup nak buat bersuci. (Dugaan buat mereka.. Alhamdulilah Allah mudahkan urusan Sunshine)

Kami meneruskan perjalanan kami dengan pantang larang ihram yang terus dijaga. Mutawif sekali lagi mengetuai kami untuk bertalbiah dan untuk beberapa ketika kemudian mutawif mempersilakan kami untuk berehat. Kali ini tidak terasa mengantuk, Cuma hati ni tak boleh kawal la. Ish ishtifar banyak2 Sunshine.  (Banyak sangat kot dosa sampai air mata..hati.. fikiran bercampur baur)

Sunshine memerhatikan keadaan perjalanan ini, perjalanan yang pernah ditempuh oleh Nabi SAW. Perjalanan yang dihiasi batu-batan yang besar dan kecil dengan pelbagai warna, sememangnya berbeza dengan suasana negara kita. Pada mata kasar, perjalanan ini sangat mencabar dan Sunshine mengakui sememangnya tak kuat untuk lalui perjalanan seperti Baginda yang hanya menunggang unta dan bekalan makanan yang entah seberapa, alangkah rendahnya aku berbandingmu Ya Muhammad..

Menghampiri Tanah Haram Makkah, semua jemaah dikejutkan oleh suara Mutawif yang mahu kami membaca doa memasuki tanah haram. Doa memasuki tanah haram di baca dan di aminkan bersama. Moga ia menjadi saksi dan penebus. Kemudian, mutawif mula menceritakan sejarah & keistimewaan tanah haram Makkah. Hati ini semakin berdebar-debar, sayu, tidak sabar dan pelbagai perasaan bercampur baur sekali lagi sepertimana perasaan ketika memasuki bumi Madinah. 

Kredit to Cik Google
Masuk saja ke Kota Makkah, walau malam kelihatannya semua manusia sedang sibuk, jalanraya penuh dan sesak. Mata ini tercari-cari, di manakah letaknya Masjidil Haram. Kami nampak jam besar, cantik, bangunan yang tersergam indah. Menara Abraj Al-Bait atau lebih dikenali sebagai  “Menara Jam Diraja Mekah” yang berhadapan dengan Masjidil Haram ini ternyata selain menjadi menara jam tertinggi juga yang terbesar di dunia. Confirmed kan kita akan teruja dengan bangunan yang cantik itu.. Tiba2 mutawwif mengingatkan bahawa Nabi Muhammad SAW menyebut:  

‘..apabila engkau melihat orang yang tidak berkasut, tidak berpakaian, miskin, pengembala kambing berbangga-banga menegak dan meninggikan bangunan.’

SubhanAllah!! Nabi sebut satu tanda Kiamat. Semoga kejayaan hari ini tidak membuat kita jauh dariNYA. Saat itu, segala rasa letih dan penat hilang entah ke mana, digantikan dengan perasaan sayu, berdebar-debar dan tidak sabar.

Akhirnya bas kami berhenti di depan Hotel Hira, hotel yang menjadi tempat penginapan kami untuk sepanjang tempoh berada di Makkah (600meter dari Masjidil Haram). Setelah mengemaskan barang-barang ke dalam bilik hotel, mutawif kami memberitahu supaya kami berkumpul balik di bawah dalam pukul 11.00pm. Ustaz akan membawa para jemaah umrah melaksanakan ibadah umrah.

Saat memasuki masjidil haram, hati Sunshine sangat berdebar-debar, rasa seperti tidak percaya kerana dapat menjejakkan kaki ke sini. Alhamdulillah, Ya Allah kerana memberiku peluang untuk menjadi tetamuMu. Sambil mata mencari-cari, akhirnya kelihatan Kaabah di celah-celah tiang.

“Kami menyahut seruanMu Ya Allah, Kami datang kepadaMu Ya Allah”

Di dalam hati ini, seribu satu perasaan bercampur baur menjadi satu perasaan yang tak tergambar dengan kata-kata. (Air mata ni tak tertahan.. tak tau nak gambar kan persaan sedih.. gembira…dan macam2 la)

Saat itu dengan tiba-tiba terlintas mengenai sejarah pembinaan kaabah suatu ketika dahulu. Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s. dengan petunjuk daripada Allah s.w.t.

Terdapat banyak kelebihan melihat Kaabah antaranya..
Ibnu Abbas r.a berkata,
"Memerhatikan Kaabah akan mengukuhkan iman".
Hamad bin Abi Salamah Rahimahullah berkata,
"Orang yang memerhatikan Kaabah adalah seperti orang yang bersungguh-sungguh dalam beribadat".
Mujahid berkata,
 "Memerhatikan Kaabah merupakan ibadat".
Said bin Musayyab berkata:
"Sesiapa yang memerhatikan Kaabah dengan penuh keimanan dan kepercayaan, akan gugurlah segala kesalahan dan dosanya sebagaimana ketika dia dilahirkan".

Ada pula yang mengatakan;
Allah menurunkan 120 kebajikan/pahala kepada umat Nabi Muhammad SAW. Pembahagiannya  ialah 60 pahala kebajikan terletak pada amalan tawaf, 40 pahala kebajikan terletak pada amalan solat dan 20 pahala kebajikan terletak kepada pahala melihat/memandang kaabah. Jika dicampurkan 60 ,40 dan 20 jumlahnya ialah 120.

Wallahualam....

Lebih kurang jam 11.30pm kami memulakan tawaf kami mengelilingi kaabah sebanyak 7 pusingan. Selesai melaksanakan tawaf, kami melakukan solat sunat tawaf di hadapan multazam. Satu perasaan yang hanya menjadi kenangan manis di hati ini, tidak mampu digambarkan atau diceritakan. Terasa begitu hampir dengan Allah dirumahNya ini, walaupun Allah itu hampir dengan kita walau di mana jua pun.
  
Masing2 berbicara dalam hati - tanda Syukur
Alhamdulillah - Tak tergambar dengan kata-kata

Kami minum air zam-zam sebelum meneruskan Sa’ie. kami diteruskan lagi dengan mengerjakan Sa’ie antara Safa dan Marwah. Satu ibadah yang benar-benar menguji kekuatan fizikal dan rohani. Pastinya mengingatkan kembali susah-payahnya Siti Hajar ketika ditinggalkan bersama anaknya Ismail, yang mana pada waktu itu keadaannya jauh berbeza, di tengah padang pasir yang kering kontang. Kini, semuanya selesa, dengan bumbung dan aircond serta laluan yang bersimen.  Akhirnya kami bertahalul.

Ustaz Hasbi, Abah & Uteh - Saie
 ** YA ALLAH. Alhamdulillah, Ibadah Umrah yang menjadi tujuan utama kami ke sini selesai juga. Perasaan yang sangat bersyukur kerana akhirnya umrah kami telah selesai.

22 March 2015

Hari ini, kami lakukan aktiviti persendirian. Para jemaah bebas untuk ke mana-mana. Ramai yang mengambil peluang ini untuk memperbanyakkan melakukan solat-solat sunat di masjidil haram, tawaf sunat, umrah (miqat di Tana'im, Jaaranah, Hudaibiyah- urusan sendiri tanpa Mutawwif) dan pelbagai lagi. 


Pagi-pagi Sunshine dah ajak mak & abah buat lawatan ke masjidil haram. Tawaf sunat, solat sunat, baca Al-Quran. 

Dalam perjalanan ke Masjidil Haram
Memang banyak sangat burung-burung merpati kat kawasan ni. Siap boleh beli makanan RM5 untuk bagi makan burung-burung.
Depan Masjidil Haram
Hajarul Aswad
Seperti yang semua ketahui, di Kaabah terdapatnya hajarul aswad. Berdekatan kaabah terdapatnya makam Nabi Ibrahim. Bercerita mengenai hajarul aswad, terdapat riwayat sahih bahawa Nabi SAW telah bersabda,
"Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari Kiamat dengan mempunyai dua mata yang dapat melihat dan lidah yang dapat berkata-kata. Ia akan menjadi saksi kepada sesiapa yang mengucupnya dengan keadaan yang sebenar."
Imam Tirmizi mensahihkan hadis Rasulullah SAW dimana baginda bersabda,
"Hajarulaswad diturunkan dari Syurga dalam keadaan lebih putih daripada susu tetapi telah dihitamkan dengan kesalahan dan dosa anak-anak Adam."

Makam Ibrahim
Bercerita mengenai makam Ibrahim pula, Rasulullah SAWtelah bersabda,
"Rukun (penjuru Kaabah) dan Maqam Nabi Ibrahim AS diperbuat dari permata-permata delima dari Syurga. Allah telah padamkan cahaya keduanya, jika tidak tentu cahayanya akan menerangi antara timur dan barat. "

Alhamdulillah
** Dugaan hari ni.. selipar hilang lagi. Bukan rezeki…. Tapi.. Allah gantikan dengan nikmat lain. Sunshine dapat makan aiskrim. Memang sedap sangat perisa mangga & strawberi. Alhamdulillah. (Kalau Achik & Mak Jah cakap air buah sedap.. Sunshine lagi suka aiskrim ni)

23 March 2015

Dugaan kami pagi ni. Bus kami sampai lambat. Kami dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah di sekitar Makkah. Jabal Thur, Jabal Rahmah, Padang Arafah dan Ke Jaranah seterusnya miqat utk umrah..

Destinasi pertama kami adalah di Jabal Thur (Tapi kami tak berentila., dalam bus je.) di mana Jabal Thur merupakan tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Saidina Abu Bakar dari kaum Quraisy. Mengikut sirah, ketika Rasulullah mula berhijrah ke Yathrib (Madinah), baginda bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur di Jabal Thur dari Kaum Quraisy. Anak Abu Bakar, Asma turut mendaki Jabal Thur membawa makanan untuk Rasullullah SAW dan ayahandanya.  

Masa di Jabal Rahmah, mutawif memberi penerangan sejarah mengenai Jabal Rahmah.

Di Arafah, terdapatnya sebuah perbukitan batu yang dikenali dengan nama Jabal Rahmah di mana pada puncaknya terdapat tugu berwarna putih yang memiliki nilai sejarah keislaman tinggi. Jabal rahmah bererti bukit atau gunung kasih sayang, diyakini umat Islam sebagai tempat bertemunya antara Nabi Adam AS dengan isterinya Siti Hawa setelah terpisah selama ratusan tahun kerana diusir oleh Allah SWT dari Syurga ke Bumi. Keduanya diusir setelah melanggar larangan Allah, yakni memakan buah Kholdi, akibat tergoda dengan hasutan Iblis.

# Mutawif pesan kat  kitaorang, jangan terlalu sangat meminta-minta, atau berdoa kat Jabal Rahmah, sampaikan ada yg solat kat atas tu, ada yang siap tulis nama kat atas tu, menangis –meraung dekat atas Jabal Rahmah, sampai solat pun mengadap batu putih, dah tak ngadap arah kiblat. Apapun kita berdoa pada Allah, kita minta padaNYA. Boleh berdoa, tapi jangan sampai jadi khurafat dan tahyul. Sunshine fikir betul apa yg mutawif cakap, tapi Sunshine nak naik gak sebab nak tengok apa yang ada kat atas tu. 

Bersungguh tak panjat
Sunshine & Abah je naik. Mak tak larat nak panjat bukit-bukit tu, Uteh pulak kaki dah bengkak.. Ada ramai pak arab mengekori kami untuk mengambil gambar kami dan dijual semula kepada kami walaupun kami tidak mahu. Pak arab tersebut minta bayaran sebanyak 50riyal. Kami tak amik pun. 

Sampai Syurga...AMIN
Uteh, Abah & Sunshien

** Hari ni Sunshine puasa tapi macamana punya excited nampak orang jual askrim sampai termakan gakla 2 sudu. Huhu. Mungkin Allah bg nikmat.. sebab Sunshine asyik cakap n mak nak makan aiskrim lagi.  Kali ni aikrim susu coklat. Hehe bila dah sedar puasa sambungla puasa. (macam budak2)

Seterusnya kami menuju ke Arafah. Di sinilah tempat jemaah haji berwukuf pada hari ke-9 bulan Zulhijjah setiap tahun dan berakhir pada Hari Raya Haji yang jatuh pada hari ke-10 Zulhijjah. Tapi kami tidak berhenti pun di Padang Arafah, hanya melihat sekitarnya dari tingkap bas yang membawa kami ronda-ronda di Padang Arafah, bas juga melalui penempatan jemaah haji di Mina, di sini Sunshine dapat melihat banyak khemah yg siap didirikan. Sunshine rasa jumlahnya mungkin mencapai beribu-ribu khemah. Tapi masa kami dibawa melawat, keadaan disini lengang, tapi tidak semasa musim haji, mungkin berjuta2 umat manusia ada di sini. 
Gambar dr dalam bus

** Dalam hati rase mampu ke Sunshine nak lakukan Ibadah Haji. Hebat betul mereka yang telah menunaikan Ibadah Haji. YA ALLAH moga Sunshine berkesempatan melakukan Ibadah Haji dan segala urusan itu dipermudahkan.
 
Dari Padang Arafah kami Ke Jaranah untuk bermiqat dan niat umrah.
Masjid Ja'ranah terdapat pada sebuah kampung yang jaraknya kira-kira 24 km dari Masjidil Haram, Makkah Al- Mukarramah. Rasulullah s.a.w pernah bermiqat di sini untuk mengerjakan umrah setelah pulang dari peperangan Hunain. Ji’ronah merupakan miqat paling tinggi derajatnya dibanding miqat yang lain. Ji’ronah adalah nama seorang wanita yang mengabdikan dirinya untuk membersihkan dan menjaga mesjid tersebut, Ia seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. Masjid ini merupakan salah satu tempat miqat untuk berniat mengerjakan ibadah umrah. Setelah mengambil miqat di tempat ini, diharuskan memakai pakaian ihram dan berniat ihram.
Selepas naik bus, baru kami berniat untuk umrah. Dalam perjalanan balik ke Hotel kami Singgah di Jabal Nur di mana di situ terdapat Gua Hira. (Tengok dari bus gak) 

Kredit to Cik Google
Baginda SAW kerap memencilkan diri di Gua Hira' yang terletak di Jabal Nur di Mekah untuk berfikir dan bertadabbur. Di Gua Hira' inilah Baginda menerima wahyu yang pertama dan turunnya ayat al-Quran yang pertama.  Gua Hira berada di Jabal Nur. Jabal artinya gunung, Nur artinya cahaya. Jabal Nur letaknya sekitar 6 kilometer ke arah utara Masjidil Haram. Pada bagian puncaknya terdapat sebuah gua yang di bernama Hira. Sejarah penting yang pada Gua Hira adalah turunnya ayat-ayat dari kitab suci Al-Qur’an untuk pertama kali. Saat turun ayat tersebut dikenal dengan hari Nuzulul Qur’an, yaitu tanggal 17 Ramadhan. Adapun ayat yang pertama turun adalah ayat 1 sampai dengan ayat 5 surat Al’alaq,

Satu lagi kisah mengenai Jabal Nur dan Gua Hira 
Gua Hira' adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada ALLAH SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar serta isterinya Siti Khadijah yang pasa masa itu sedang mengandung sering menghantarkan makanan untuk suaminya.

** Tapi rombongan kami tidak berpeluang untuk mendaki Jabal Nur atau masuk ke Gua Hira, Ada jer rombongan lain yang melakukan, tapi kalau di beri peluang, kesihatan yg baik, satu hari nanti Sunshine ingin juga merasa mendaki.
Setelah tiba di Makkah, kami terus melaksanakan umrah kami. Umrah kedua kami sempat keliling kaabah 7 pusingan kemudian berhenti solat Zohor baru sambung saie. Kami sempat tengok orang berebut2 nak usung jenazah. Alhamdulilah mereka berakhir dalam keadaan mereka mengerjakan ibadah kepada ALLAH.  

Sesiapa Solat Jenazah & mengiringi jenazahnya hingga dikebumikan, maka baginya (pahala) Dua Qiroth,bersamaan 2 gunung Uhud (HR Muslim)


** Sunshine selalu doa berakhirnya Sunshine dalam husnul khatimah (akhir hayat yang baik) AMIN.
Kredit to Kak Lynn - Semoga Ukhwah kita berkekalan
Alhamdulillah, akhirnya segalanya selesai setelah kami bertahalul. Ku bersyukur ke hadrat Ilahi atas kenikmatan yang diberikannya.



Ni pun kredit to Kak Lynn
24 March 2015
Umrah Tanaim

Berpakaian ihram dari hotel.. Umrah dari Tanaim (Masjid Saidatina Aishah) untuk bermiqat umrah untuk kesekian kalinya. Selesai bermiqat dan solat sunat, kami dibawa kembali ke Masjidil Haram, Makkah untuk menyelesaikan umrah kami. 

** Dugaan Sunshine yang lalai n amik mudah. Sunshine lupa bus kat mana. Nasibla ada mutawwif yang sabar. Nak x nak kena call mutawwif.   
  
Tawaf, Saie & Tahalul. Kami rehat kejap masuk waktu zohor. 
 
Ni kat bawah Hotel Hira

 25 March 2015
Kami diibawa menziarahi Muzium di Makkah. Di muzium ini terdapat banyak pameran-pameran mengenai Kaabah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Di muzium ini juga terdapat replika kedua-dua masjid dan banyak benda-benda yang terdapat di Kaabah yang sudah tidak digunakan lagi.

TQ Kat Abg Wan (Suami Kak Lynn yg amikkan gmbr)
Barang-barang sejarah

Di sini juga merupakan tempat untuk menenun kain hitam untuk diletakkan di kaabah atau lebih dikenali sebagai kiswah kaabah. Kain ini mengambil masa lebih kurang selama 1 tahun untuk disiapkan. Lama juga tu. Setiap 1 tahun juga kain hitam di kaabah tersebut akan diganti dengan kain tenunan yang baru. Kami tak boleh dah melawat tempat tenunan kain kaabah, tak dibuka untuk lawatan.

Setelah melawat muzium Makkah, kami dibawa ke Hudaibiyah. Ada jemaah yang nak buat umrah tambahan. Jadi mereka bermiqat di Masjid Hudaibiyah. Tinggal kesan je Masjid tu.  Hudaibiyah sebenarnya berasal dari nama seorang lelaki yang telah menggali telaga di tempat tersebut. Daerah itu kemudian diberikan kepadanya serta dinamakan "Hudaibiyah" (termasuklah telaga tersebut). Berdekatan telaga itu terdapat sepohon pokok yang cukup rendang yang bernama pokok Hadba’. 

Kredit to Cik Google - Tak jumpa la mana tak gambar terdelete ke??
** Ingat tak tentang perjanjian Hudaibiyah. Sunshine ni belajar tapi lepas tu lupa. Semoga ALLAH ampun kan Sunshine yang lalai ni. Ni belum ayat Al-Quran yang dia hafal tapi lupa.
Antara perkara yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Hudaibiyah adalah :
1 - Gencatan senjata selama 10 tahun
2 - Kabilah Arab boleh memilih untuk memihak sama ada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Mekah
3 - Orang Madinah yang pergi ke Mekah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
4 - Tapi bagi orang Mekah yang pergi ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula
5 - Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya
Dalam perjalanan ke Mekah kami sempat tengok unta. Kami tak dibenarkan melawat unta sebab unta tengah sakit. Jadi tengok dari jauhla.
** Kami tak buat umrah tambahan ini.
26 March 2015
Majlis Tahlil, bacaan Yassin & doa serta Penerangan mengenai tawaf wida.

Kami ada aktiviti sendiri.  Kami buat tawaf sunat, solat, baca Al-Quran (dan confirm2 nagis) Hari ni pun Sunshine puasa. Alhamdulilah dapatla 2 hari puasa kat Mekah ni.

** Kali kedua beg Sunshine diseluk semasa jalan balik ke hotel. (Kali pertama tak ingat bila, tapi keadaan yang sama) Tapi Alhamdulilah dia tak sempat amik apa-apa. Rase beg ditarik.. toleh Sunshine tengok dia n dia ckp dia x amik apa-apa2 tapi tangan kat beg.  Tapi maknanya dia nak amik la kan. Mana ada orang tak buat apa2,  tiba2 cakap x amik apa2.  

27 March 2015

Tawaf Wida.. Balik… Sedih.. Sayu.. Pagi-pagi kami dah uat tawaf wida sebab takut sesak. Hari ni hari jumaat. Jemaah lelaki pun solat jumaat kat masjid berhampiran hotel. Dugaan kecil buat kami. Bas kami agak lewat. Janji pukul 2.30pm tapi pukul 4 lebih baru datang. Sempat kami solat Asar di hotel. (Hati yang tertinggal) Semoga Allah makbulkan doa dan terima ibadah serta jemput Sunshine berkali-kali.

Sampai airport kami makan malam. Lama gak la nak tunggu flight pukul 11.30pm. Kami duduk berehat sambil borak-borak. Sebelah Sunshine orang Indonesia (pada pandangan Sunshine, maybe dia agak senang. Dia dah pusing banyak Negara & melakukan umrah berkali).  MasyaAllah cantik sungguh wife dia. Mereka pernah datang Malaysia untuk berubat. Dia tunjuk gambar-gambar dia masa menunaikan umrah.

Dalam flight balik ni Sunshine tak dapat duduk dengan mak abah. Sunshine duduk dengan sepasang suami isteri dari Arab. Mereka nak melancong ke Malaysia. Balik ni terasa penat sangat. Sunshine pasang bacaan Al-Quran n zzzzzzzzz. Bangun dah subuh n perut terasa lapar.

Kak Arfah & Kak Lynn - Sama kan macam kembar huhu
Alhamdulillah kami sampai KLIA, Wan jemput kami. Kami singgah rumah Wan sebelum flight ke JB 9.00pm.

Mak, Wan & Abah

Hati ni teringin nak pakai macam ni.
Sunhsine : Ya ALLAH memang betul kalau selama ni orang cakap hati tertinggal di sana. Ye, Sunshine akui kebenarannya. Hati ni memang tertinggal disana. INSYAALLAH semoga dengan izin ALLAH Sunshine akan kesana lagi bersama-sama orang-orang tersayang dan semoga Allah limpah-ruahkan rezeki yang halal lagi barakah untuk Sunshine kesana berkali-kali & bawa ramai lagi kesana.

Friday 17 April 2015

Penyucian Jiwa di Tanah Suci - Madinah Al Munawwarah


Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang diberikan kepada hamba-Nya yang lemah ini, terutama sekali nikmat Iman dan Islam. Walau berkali-kali melakukan dosa, Sunshine masih lagi diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini, sekaligus menunjukkan bahawa pintu taubat masih terbuka.

Sunshine nak berkongsi tentang pengalaman menunaikan umrah pada bulan March yang lalu. Selain untuk berkongsi, tujuan tulisan ini tidak lain sebagai peringatan untuk diri sendiri & kenangan Sunshine.

Sejujurnya, Sunshine tak pernah menyangka dalam waktu ini diberi kesempatan untuk sampai ke tanah suci. Tapi niat tu memang tak pernah padam dari kecil. Mungkin masa kecil tak pernah tahu untuk tujuan apa. Cuma tau 1 hari nak g Mekah.  Pernah cakap dengan arwah nenek 1 hari nak bawa dia ke Mekah. Tapi Allah jua yang tau niat Sunshine tak kesampaian. Tapi bila membesar mula faham dan semakin kuat rase nak jejak kaki kesana.
Alhamdulillah, Bersyukur Kehadrat Ilahi & terima kasih kepada kedua ibu bapa Sunshine yang sudi membawa Sunshine. Kami pilih Adalusia Travel Sdn Bhd  untuk perjalanan umrah ini. Untuk perjalanan JB-KL kami uruskan sendiri, kami gerak Ahad pagi tido rumah Wan. Isnin kami hantar mak & abah ke umah Uteh. Dengan izin ALLAH, Uteh yang menjadi jalan dan pendorong untuk kami pergi mengerjakan umrah. (Uteh yg mula ckp nak g.. tu terbuka hati nak join sekali)
17 March 2015

Masa ni berdebar-debar makan pun tak nak hahaha
Kami berkumpul di KLIA 12.30pm. Adik-adik hantar kami, Cheda sekeluarga & Uda. Ramainya orang, hati ni x tau gambarkan macamana. Kami di bimbing oleh Mutawwif Ustaz Muhammad Hasbi Bin Mohamed Halim wakil Andalusia. Segala urusan diuruskan oleh pihak agensi. Kami dibahagi kepada 2 kumpulan. Kami dalam group bus 1,  Flight Arab Saudi Airline. Keseluruhan perjalanan kami mengambil masa selama 12 hari: 2 hari pergi dan balik, 4 hari di Madinah, dan 6 hari di Mekah.
Ustaz Muhammad Hasbi Mohamed Halim baca doa. Amin.
Ramai orang berpesan, dari mula kita niat nak menunaikan umrah dan ziarah perlu banyak bersabar. Setiap anggota badan dan hati harus dijaga. Kita tak tahu bila waktunya kita akan diuji. Ketika itu Sunshine rase takut sangat. Sunshine cakap banyak kali pada diri supaya bersabar lebih2 lagi bila ingat sorang makcik ni cakap masa kursus umrah (Doa banyak2 Allah mudahkan segala urusan. Semua tu urusanNYA, kita kena bertanggungjawab atas setiap yang kita buat. Semoga Allah berkati makcik tu, Amin), walaupun hakikatnya macam-macam rase ada. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan, Amin. 



Wah memang bestla Arab Saudi Airline ni. Alhamdulilah semuanya ok (Nampak tak kejakunan seorang yang bernama Sunshine) Bayangkanlah, setiap tempat duduk disediakan skrin untuk para penumpang menonton pelbagai genre drama & filem (filem-filem baru pula tu) serta mendengar lagu bagi menghilangkan kebosanan. Perjalanan dari KL ke Jeddah memakan masa lebih kurang 9 jam. Kami berenti di Riyard dalam 1 jam. Perjalanan (3.30pm Malaysia) smpi Jeddah 2.00am Arab Saudi). Demi mengelak daripada terlayan nafsu sendiri, kami mengambil keputusan untuk tidur dan bangun untuk makan.  (Makanan memang sedap).
Alhamdulillah, ada juga audio alunan ayat suci al-Quran sebagai peneman. Dengar sambil terzzzzzzzzzzzzzzzzz jawabnya. Sesekali terjaga Sunshine melihat peta interaktif pada skrin sambil mengira baki perjalanan. Tak dapat tido sangat sebab tak sabar nak sampai bercampur hati dan fikiran yang x tau nak gambarkan. Sampai di airport Jeddah dalam pukul 2.00am. (lebih kurang 10 1/2 jam gakla sbb transit kat Riyard) Turun flight.. amik barang & naik bus yang memang dah siap tulis BUS 1 Ustaz Hasbi. Kami berhenti makan & solat Jamak Maghrib & Isyak.  (Lupala nama tempat tu) Tapi Sunshine tak makan. Dah lewat sangat rasenya tak lalu nak makan ditambah hati yang teruja.
** Sepanjang dalam bus air mati ni x taula kenapa nak turun je.. Sayu sangat. Macam percaya tak percaya dah sampai. Lebih2 lagi dengar Mutawwif  bagi tazkirah.
Alhamdulillah, walaupun cuaca sejuk di Jeddah, kami bersyukur dan gembira kerana telah selamat sampai, dan berada semakin dekat dengan tanah suci!
"Menuju ke Madinah...Hatiku merasa indah...Menuju kota Nabi yang mulia,
Menuju ke Madinah...Hatiku merasa indah...Menuju kota cinta Rasulullah."

Lagu "Menuju ke Madinah" nyanyian al-Mawlid. Sunshine sedang menuju ke Madinah. Allah!! Kota yang begitu sarat dengan sejarah hidup Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Selama ni dengar orang bercerita. Bila dapat peluang macam ni, siapa yang tak bersyukur dan terharu! Alhamdulillah Ya Allah!
Di Madinah, tengah musim sejuk. Tapi ala sepoi bahasa jela. Tak dela sampai menggigil. Alhamdulillah, walaupun sejuk kami diberi kekuatan dan semangat yang luar biasa untuk ke Masjid Nabawi setiap kali waktu solat
Di Madinah kami tinggal di Mubarak Silver Hotel. (masjid berada 200meter dari hotel).  Sampai  kami di bagi bilik, kemas barang, rehat jap dan terus menuju ke masjid untuk solat subuh. 
 
Depan Hotel.. Mubarak Hotel
** Dugaan pertama selipar pagi ni dah hilang. Bukan rezeki Sunshine, Redha… Banyak je orang meniaga kat depan ni.  Tak dela dugaan sangat pun kan just jalan depan sikit ada jual selipar.  (Ni pun Allah makbulkan niat sebab memang dari Malaysia dah fikir nak beli selipar kat sana kan)

Ckp pasal selipar tp gambar org jual selindang ada kaitan x hahah
** Saje nak tunjuk yang ramai orang meniaga depan masjid ni. Tapi kesian bila polis datang semua lari lintang pukang. 
18 March 2015
Disebabkan kami baru sampai pukul 4.00am jadi ustaz kata hari tu aktiviti bebas untuk kami berehat. Jadi kami habiskan masa untuk solat sunat dan membaca Al-Quran di masjid je. 

Bekas Air Zam Zam dalam Masjid

Air Zam Zam
Antara keistimewaan yang terdapat di Madinah & Makkah tentunya air zamzam. Terlalu banyak fadhilat air zamzam. Masa buat umrah memang puas la minum Air Zam Zam. Minumla banyak mana dan jangan lupa berdoa.
Rasulullah SAW bersabda (mengenai air Zamzam),
"Sesungguhnya air Zamzam itu merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar yang menyembuhkan penyakit".
 Diriwayatkan daripada Ibnu Abbas RA katanya, Rasulullah SAW telah bersabda,
"Air Zamzam merupakan penawar yang menyembuhkan berdasarkan kepada niat meminumnya".
 Diriwayatkan juga daripada Ibnu Abbas RA katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda,
"Sebaik-baik air yang keluar dari perut bumi ialah air Zamzam, terdapat padanya makanan yang boleh mengenyangkan dan penawar yang boleh menyembuhkan penyakit."
** YA ALLAH, jujurnya Sunshine tak dapat nak gambarkan apa perasaan Sunshine bila berada di sana. Hari-hari air mata ni jangan cakapla. (Dah mmg Sunshine ni hatinya mcm tisu huhu) Setiap yang Sunshine lakukan hati ni betul2 rase sayu sangat. Bersyukur sangat-sangat Sunshine diberi peluang ini. Macam-macam doa yang dipanjatkan.. Semoga Allah ampunkan dosa Sunshine & tetap istiqamah pada jalanNYA.
19 March 2015
Pagi tu aktiviti kami melawat Raudhah. Kami dibawa seorang Ustazah ke Raudhah. Satu kawasan yang terletak di antara rumah Rasulullah s.a.w dan mimbar baginda.

"Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman (Raudhah) dari taman-taman syurga. Dan mimbarku di atas kolam." (Sahih Bukhari)
Kini kawasan Raudhah di tandakan dengan karpet berwarna hijau (karpet masjid berwarna merah). Oleh sebab Raudhah dibuka untuk Muslimah pada waktu tertentu sahaja, ramailah jemaah Muslimah yang berebut-rebut untuk masuk ke situ.

Tapi Ustazah bawa kami dalam pukul 8 lebih sebab pintu ke Raudah akan tutup pukul 9.00am jadi Ustazah kata bila kita orang yang akhir masuk tak dela sesak sangat n kami berpeluang lama sikit didalam Raudah.
Memang sesak, ada juga adegan tolak-menolak antara jemaah yang kurang sabar. Dalam hati ni berdoa agar Allah bagi peluang & kesempatan untuk Sunshine solat & berdoa di raudhah. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan. Sunshine dapat solat & berdoa, Air mata ni jangan cakapla.. 

Alhamdulillah - Keluar dari Raudhah
** Semoga Allah makbulkan segala doa dan terima ibadat Sunshine. Semoga apa yang kami lakukan disini akan kami teruskan bila pulang nanti. Kat sini seolah-olah kami berebut-rebut beribadah. Setiap waktu solat di masjid, baca Al-Quran & solat sunat.  Amin.

Lepas Asar ajak mak duduk bawah payung.  Tapi macamana Sunshine boleh tak alert payung tu dah tutup. Sedih sungguh, perasan dah separuh tutup.
Sedapnya...

Lepas solat Maghrib Sunshine ajak mak makan kebab.  Saje je nak rase kebab pak arab huhu.
20 March 2014
Kami berkesempatan menziarah ke tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba', Masjid Qiblatain (dalam bas), dan Bukit Uhud, Manakala Masjid Tujuh dan Perkuburan Baqi' hanya dilihat dari dalam bas saja kerana kesuntukan masa. Kami kejar solat Jumaat & Zohor. 
Masjid Quba (atau Masjid al-Quba)

Sempat la sekeping dua haha
Masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid an-Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad (SAW) sebelum baginda tiba di Madinah ketika berhijrah dari Makkah
Allah s.w.t berfirman bahawa masjid ini telah dibina atas dasar taqwa (al-Quran 9:108)
Sabda Nabi s.a.w lagi:
 Sesiapa yang bersuci (mengambil wuduk) di rumahnya kemudian pergi ke masjid Quba' lalu mendirikan sembahyang di dalamnya, ganjarannya samalah dengan pahala ibadat Umrah. (Tirmizi)

Masjid Qiblatain
Ni kredit kat Cik Google.. Kami tak turun pun tengok dari dalam bus.
Dari Masjid Quba kami ke Jabal Uhud.

JABAL UHUD
Ayik2 muka Cik Sunshine huhu
 "Adalah bukit yang mencintai kita dan kita mencintainya".

Nabi bersabda soal Jabal Uhud, bukit kemerahan yang menjadi saksi gugurnya para Syuhada di Madinah. Perang Uhud yang berlaku antara tentera Islam dan kafir Quraish.
- Jika dihayati kisah Perang Uhud, terlalu banyak pengajaran yang boleh kita dapati seperti mentaati perintah Rasul, tidak mengejar harta dunia dan menyahut seruan jihad ke jalan Allah.
- Di sini juga terdapat perkuburan para sahabat yang terkorban semasa Perang Uhud, antaranya ialah bapa saudara Rasulullah s.a.w, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib.
- Sebuah hadis meriwayatkan bahawa pahala solat jenazah ialah sebesar Jabal Uhud.

  
Selain itu, kami turut dibawa ke Ladang Kurma & Pasar Kurma. 
Sempat
Kat Ladang kami beli kurma basah & madu. Sedapnya kurma ni. Beli nak bagi adik2 makan.… (Tapi sampai JB dah benyek huhu)

Kredit to Cik Google sebab Sunshine tak ingat nak amik gambar.
Kat pasar kami beli kurma, kacang & manisan lain (X tau nama) dengan Mutawwif. Mutawwif jual murah sebab sedara dia punya kedai huhuhu. (ni pun x de gambar)
Balik kami siap2 ke masjid untuk solat.  Sebab solat Jumaat memang penuh sangat, jadi kami dah lambat ni kena solat kat luar.

** Sayunya rase bila dengar Imam nangis. Tiba2 rase bertuahnya kalau sape tahu bahasa Arab. Imam baca kutbah sambil nangis. Yela Sunshine ni baca Al-Quran sekadar baca. Kalau pun baca tafsir just baca tak masuk dalam jiwa. Semoga 1 hari walau tak faham bahasa arab Sunshine boleh mendalami maksud ayat-ayat Al-Quran tu (tafsir). AMIN

Sunshine berangan nak g Raudhah lagi. Suruh la mak balik hotel dengan abah. Nanti petang suruh mak tunggu depan pagar kat tempat orang jual Al-Quran. (Lupa nak cakap kat sini pintu masuk laki perempuan berbeza jadi tanda kami selalu tunggu abah kat pintu tempat orang jual Al-Quran). Tapi sedih Sunshine tak berkesempatan masuk lagi. Ramai orang, mereka dah duduk kat kawasan nak masuk Raudhah dari awal. Sunshine ni lepas solat baru nak terhegeh2 jawabnyaaaa kempunan la. Lagi-lagi orang arab ni cuti khamis jumaat. Memang penuhla. (DAN dengan tak malu  Sunshine boleh nangis kat sorang makcik, entah sape.. dari mana.. x kenal pun.. x malukan. Sunshine boleh cerita sambil nagis cakap yang Sunshine nak g Raudah. Makcik tu siap cakap nape anak nagis, INSYAALLAH ada rezeki nanti,  anak kena pegi pagi2 dengan ustazah tak pun malam ajak kawan, g dalam group).

** Tak tau la nak cakap macamana tapi ALLAH je tau dan semoga makcik tu sentiasa di bawah rahmat dan keberkatanNYA

Sebab tak dapat masuk Raudhah dengan muka yang baru nagis Sunshine mengaji n solat sunat.  Tunggu mak dekat pintu pagar & solat asar. Bila dah dekat pukul 6 Sunshine keluar sebab teringin sangat nak tengok payung tertutup. Alhamdulillah Allah makbulkan.

Senja...
** Mungkin Sunshine lupa sebab dari awal Sunshine dah niat nak tengok dan rase semua setiap inci apa yang ada selama Sunshine menjalani ibadat umrah. Allah makbulkan.. cukupla sekali agar Sunshine lebih bersyukur. Mana tau ada rezeki Allah jemput lagi dan lagi dan lagi. Tak dela ingat apa yang Sunshine nak semua boleh dapat dan tak rase nikmatnya segala yang ALLAH permudahkan. Amin

Malam tu rezeki kami ada orang bagi tasbih, kurma & coklat. Huhu rezeki Amin. 

Kredit to Cik Google - Tapi memang sama la n tasbih Sunshine dpt tu.
21 March 2015

Pagi tu, kami ni ada tahlil. Empat hari di Madinah dirasakan sungguh singkat sekali. Tak puas rasanya berada di sini. Pada hari terakhir, kami sekeluarga melakukan ziarah wida'/selamat tinggal.  Ziarah Wida berbeza dengan Tawaf Wida. Tawaf wida, bila kita selesai, kita dah tak boleh ambil gambar, beli belah, dan mcm2 lagi pantang larang.. tapi berbeza dengan ziarah wida. Kami boleh lagi duduk, solat sunat dalam masjid.

Tak putus-putus doa. Semoga satu hari nanti kami semua akan dapat ziarah Makam Rasullullah S.A.W lagi. Kami dapat bawa semua ahli keluarga. Perasaan masa tu sedih sangat, sekejap je masa berlalu, kami harus meninggalkan Madinah.

** YA ALLAH, YA Rasulullah. Semoga Allah jemput Sunshine lagi. Semoga Sunshine dapat ziarah Rasulullah  S.A.W lagi.

Sayunya hati… Sunshine akan tinggalkan kota madinah ini. Bebilang bangsa dan kaum berkumpul disini. Mereka juga dengan 1 tujuan, memohon dan mencari keredhaan Allah. Menziarah makam Rasulullah s.a.w. Menangis & berdoa. Bayangkan, sape pun mereka, mereka juga umat Nabi Muhammad s.a.w, dan barangkali cinta mereka kepada baginda lebih tinggi dan besar daripada kita. Jadi walau sesiapa pun kita di dunia ini, janganlah memandang rendah atau melabel orang lain kerana kita tak tahu darjat seseorang itu di sisi Allah. Sebaliknya, cerminlah diri kita sendiri kerana kita lebih tahu bila saja kita ingat Allah.

Wallahu a'lam.

 ** SAMBUNG...