Nuffnang Ads

Friday 26 June 2015

Ramadhan 1436H

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah dah seminggu Ramadhan berlalu. Bersyukur sangat bila ALLAH masih bagi Sunshine peluang menyambut Ramadhan tahun ini.

Dalam syukur menyambut ramadhan, ALLAH beri lagi satu berita gembira buat Sunshine. Sunshine dapat kerja baru. Itu apa yang Sunshine nak. Semoga apa yang ALLAH perkenankan ini seiring dengan redha NYA. Bukan tak bersyukur dengan apa yang ada, cuma inginkan sesuatu yang baru dan terbaik.

Jujurnya Sunshine takut apa yang Sunshine nak belum tentu yang terbaik buat Sunshine. Macam ayat,

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216).

INSYAALLAH, Sunshine akan usaha yang terbaik dalam mencari bahagia atas jalanNYA. Semoga Allah mudahkan urusan Sunshine.

Melalui hari-hari akhir di RA, sesuatu yang cukup mencabar jiwa. Dalam gembira ada dukanya. 10 tahun bukan jangka masa yang singkat. Gembira, sedih, duka, stress, kena marah, gaduh semua menjadi satu. Kekuatan di RA bila bersama kawan-kawan yang dah macam adik-beradik. Melalui saat-saat kawan yang datang dan pergi. Hati ini betul-betul terkesan.

Tapi lebih terkesan bila dah hantar resignation letter Sunshine macam musuh bagi mereka. Bukan salah mereka, mungkin salah satu cara untuk biasakan diri. (Ayat sedapkan hati) Tipula tak sedih. Semua kerja penting dah tak boleh involve dengan alasan dah resigned tak perlu amik tau. Rase macam bersalah sangat bila resigned. Seolah bila resigned Sunshine bukan lagi keluarga RA.

Sekarang Sunshine rasa apa yang kawan-kawan rase bila mereka nak berenti. Bila mereka cakap Sunshine selalu sedapkan hati mereka. Yang semua tu mainan perasaan. Tapi bila terkena kat diri sendiri, Allah je tau betapa sedihnya Sunshine. Selama 10 tahun berkhidmat mungkin Sunshine bukan pekerja contoh tapi Sunshine dah cuba buat yang terbaik untuk company ni.

Ok stop cerita sedih.


Teringat & rindula kat Mekah & Madinah. Sunshine teringin sangat nak sambut ramadhan kat kota suci. Menghabiskan masa untuk beribadah, puasa dan berbuka bersama. Semoga 1 hari hajat Sunshine di makbulkan. Amin


Hidup bukan sesuatu yang dijangka dan tak akan boleh diramal. Memang Sunshine tak kan pernah tau apa yang baik untuk Sunshine. Tapi paling penting bagi Sunshine peluang untuk cuba. Doakan yang baik-baik untuk Sunshine. Semua orang punya jalan hidup yang berbeza. Semoga Sunshine lebih matang dalam menempuh hidup mendatang. Terima kasih semua. Semoga relationship kita tak pernah putus. Ukhwah itu tetap berterusan.

Sunshine : Semoga Ramadhan kali ini yang terbaik dari sebelum. Semoga Sunshine tetap istiqamah dalam mencari redha ALLAH. Semoga beribu-ribu lagi kebahagian mengiring Sunshine, Keluarga, Sahabat Handai & semua Umat Islam. Amin